MATI SEBELUM MATI
MATI SEBELUM MATI Ada satu istilah sufi, Iaitu mati sebelum mati, Apakah maksud mati si sufi, Bukan bercerai nyawa dari badan, Bercerai nyawa dari badan, Itu hanya perpindahan, Berpindah dari alam benda, Masuk ke dalam alam nyawa, Namun kita hidup juga, Hanya berpindah alam saja, Hidup terus wujud, Kerana ia pancaran Al-Wujud, Di alam sana kita wujud juga, Melihat tanpa mata, Mendengar tanpa telinga, Lebih jelas dan nyata, Kerana dinding badaniah tidak ada, Apakah mati menurut si sufi, Dengarlah huraian di bawah ini, Mati di sini dalam khayalan, Dalam khayalan dan perasaan, Khayalan dan perasaan, Sangat penting dalam kesufian, Matikan ego mu, Matikan nafsu amarahmu, Matikan kepentingan diri, Tegakkan kepentingan ilahi, Nafikan dirimu ithbatkan allah, Hingga terasa tiada wujud selain allah, Hingga terasa dirimu kosong belaka, Hanya allah segala gala, Hingga terasa tidak ada segala sesuatu, Yang ada hanya dzat yang maha satu, Bila allah terdiri dalam ha